Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Ulamak Muda, dan Aktivis Masyarakat Tawaran PAS Untuk Rakyat Alor Mengkudu

1030
SHARE


Ulamak Muda, dan Aktivis Masyarakat Tawaran PAS Untuk Rakyat Alor Mengkudu

Oleh : Ibnu Rahim

PAS Kedah kali ini menampilkan seorang lagi ulamak muda dan ikon masyarakat sebagai calon di N.14 Alor Mengkudu, iaitu Ustaz Ahmad bin Yahya.

Ulamak muda lulusan Universiti Al-Azhar ini berasal daripada Jitra, Kedah. Beliau dikenali sebagai seorang yang sangat ramah dan mudah disantuni oleh masyarakat setempat.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Anak-anak Angkatan Tentera Tok Jalai sebelum melanjutkan pelajaran ke Madrasah At-Taufikiah Al-Khairiah Al-Halimiah (Pondok Pak Ya).

Tahap pendidikan beliau :

● Maahad Bu’uth Al-Islamiah Kaherah, Mesir
● Ijazah Sarjana Muda Syariah & Undang-undang Universiti Al-Azhar, Mesir
● Ijazah Sarjana Muda Ilmu Dakwah, Universiti Islam Negeri, Riau, Indonesia

Selain itu, beliau juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama (HESA).

Kredibiliti beliau semakin terserlah apabila HESA mampu menaungi 71 buah Institusi Pendidikan Agama di Seluruh negeri Kedah.

6 Jenis Institusi yang terlibat :
● Sekolah Rendah Islam
● Sekolah Menengah Islam
● Maahad Tahfiz
● Pondok Umumi
● Sekolah Pondok
● Pusat Pemilihan

Jawatan yang pernah disandang dalam parti :
● Ahli Badan Perhubungan PAS Kedah
● Ketua Pemuda PAS Kedah
● Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Kedah
● Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan PAS Kedah
● Setiausaha Majlis Muassasah Darul Ulum
● Naib Yang DiPertua PAS kawasan Alor Setar
● Ketua PAS Cawangan Kampung Tok Keling
● Yang Dipertua PAS kawasan Alor Setar (Sekarang)

Kerjaya yang pernah diceburi :
● 1997-1999 : Guru
● 1999-2009 : Pengetua
● 2009 – Sekarang : Mudir Am Madrasah At-Taklimiah Al-Khairiah

Cogan kata “Sedia Meneruskan Khidmat” yang dibawa pada kali ini membuktikan beliau yakin dan mampu mengekalkan kerusi yang dimenanginya itu.

Terdahulu, beliau merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Mengkudu sebelum ini berjaya menewaskan calon daripada BN dengan majoriti 1,865 undi.