Home Uncategorized

UEC Talian Hidup DAP

80
SHARE

KENYATAAN MEDIA BADAN PERHUBUNGAN PAS KEDAH

UEC TALIAN HIDUP DAP

  1. Sekali lagi isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) ditimbuk semula oleh DAP untuk mengekalkan kesetiaan masyarakat Tionghua kepada parti tersebut.

Itulah modal DAP mencari publisiti dan itulah juga talian hidup mereka, malah partu itu tidak malu menggertak serta mengugut untuk keluar daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) iaitu sebuah kerajaan yang ditubuhkan oleh mereka sendiri.

  1. Persoalannya, beranikah DAP bertindak melangkah keluar daripada pintu putrajaya yang sememangnya menjadi idaman mereka sejak sekian lama atau hanya sekadar sandiwara bagi melengkapkan episod lakonan politik yang baru ?
  2. Umum mengetahui bahawa pengiktirafan pensijilan UEC yang dijanjikan di dalam manifesto PH adalah bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996.

Akta berkenaan menghendaki supaya sekolah-sekolah menengah swasta menjadikan Kurikulum Kebangsaan sebagai kandungan pengajaran di sekolah-sekolah swasta termasuklah sekolah menengah swasta cina seperti yang dinyatakan dalam seksyen 18.

  1. Apakah swasta persendirian cina ini telah mengikuti peruntukan peraturan sebagaimana yang dikehendaki oleh perundangan pendidikan? Hal inilah yang menjadi bahan perdebatan para cendiakawan pendidikan tanahair.

5.Selanjutnya, perkara yang menjadi pertikaian di kalangan pendokong sistem pendidikan arus perdana adalah kandungan silibus UEC.

Secara kasar, sukatan pelajaran ini terdedah kepada manipulasi fakta-fakta yang tertumpu kepada pensejarahan tanah besar negara China dan Taiwan berbanding penumpuan kepada asal-usul pensejarahan tanahair. Natijahnya, para pelajar mudah terkhilaf dengan maklumat yang berat sebelah, bahkan dibimbangi ia menguatkan lagi semangat kecinaan di kalangan mereka yang belajar dalam aliran berkenaan.

  1. Sekiranya kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil pendirian untuk mengiktiraf UEC, maka negara kita berhadapan dengan malapetaka yang cukup besar dengan kelahiran sistem pendidikan yang saling bertentangan antara satu sama lain.
  2. Tidak mustahil suatu hari nanti wujud kekeliruan identiti bangsa dan kecelaruan sistem pendidikan yang akhirnya mengundang padah kepada negara.

Apapun, rakyat sudah muak dengan permainan politik ‘ugut dan gempar’ terutamanya dari DAP, sementara itu sikap rasis parti itu kian terserlah apabila cuba mengaitkan hubungan baik di antara PAS dan UMNO ketika ini, demi menyelamatkan sisa nyawa survival politik mereka (DAP).

  1. Justeru itu, Perdana Menteri merangkap Pemangku Menteri Pendidikan tidak perlu melayan karenah permainan keanak-anakan DAP. Yakinlah bahawa sekiranya parti itu berjaya dalam tuntutan pengiktirafan UEC, maka kita akan berhadapan dengan mudharat yang besar suatu hari kelak.

Apabila diberi betis, paha pula nak dibaham.

“Islam Memimpin Perpaduan”

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Sheikh Fakhrurazi
Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah
31 Januari 2020/6 Jamadil Akhir 1441H