Home Kenyataan Media PAS Melaka

Ucapan YDP PAS Kawasan Alor Gajah sempena Hari Malaysia 2020

317
SHARE

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Malaysia adalah sebuah negara aman dan damai yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita, hendaklah kita sentiasa menjaga dan memeliharanya dengan mengikut acuan kita sendiri berpandukan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Keikhlasan yang ditunjukkan oleh para pejuang terdahulu dalam menjaga negara telah membuahkan hasilnya hari ini apabila kita mampu hidup dalam keadaan bersatu padu.

Oleh itu, menjadi suatu kewajipan kepada kita sebagai rakyat Malaysia untuk memelihara, mempertahankan dan menjaga perpaduan ini agar ia tidak diganggu gugat oleh anasir luar dan dalam.

Di kesempatan ini hendaklah kita sama-sama mengabdikan diri kepada Allah dan berusaha serta berjihad bagi meletakkan Islam sebagai asas di dalam mengukuhkan perpaduan negara.

Firman Allah SWT ;

وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنْفَقْتَ مَا فِي الأرْضِ جَمِيعًا مَا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Yang bermaksud,

“Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(Al Anfaal: 63)

Selamat Hari Malaysia.

Daripada:

USTAZ SYAHBUDIN BIN SENIN
Yang Dipertua PAS
Kawasan Alor Gajah


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)