Home Khas

Ucapan Takziah Daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

1698
SHARE

انا لله وانا اليه راجعون

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga

1. Tuan Haji Asbullah Mohd Salleh (mantan calon PAS yang pertama bagi Parlimen Labuan), yang meninggal dunia selepas Zohor semalam, 6 Mei 2020.

2. Cikgu Haji Hasenan Haron, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang merangkap Yang Di Pertua PAS Kawasan Maran, yang meninggal dunia pada pagi ini, 7 Mei 2020, di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan dikebumikan di Kampung Awah, Pahang.

3. Datuk Seri Abu Bakar Harun (ADUN Chini, Pahang), yang meninggal dunia pada pagi ini di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Semoga Allah SWT menerima segala amalan dan mengampunkan dosa-dosa serta menempatkan mereka bersama orang-orang beriman dan beramal soleh.