Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Ucapan Takziah Buat Keluarga Allahyarham Koperal Safwan

1041
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Ucapan Takziah Buat Keluarga Allahyarham Koperal Safwan

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang yang meninggal dunia akibat dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika sedang bertugas dalam Sekatan Jalan Raya Op Covid-19 di Plaza Tol Kajang, Selangor, awal pagi tadi.

Allahyarham yang mengalami kecederaan parah di badan dan kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

PAS sekali lagi menegaskan bahaya meminum arak boleh merosakkan masyarakat. Apatah lagi boleh mengakibatkan kerosakan akal dan kehilangan nyawa.

PAS menyatakan bahawa penguatkuasaan undang-undang lebih tegas dan hukuman lebih berat perlu dikenakan terhadap kejadian jenayah yang berpunca daripada mabuk.

Semoga roh Allahyarham Safwan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada’.

‘Islam Memimpin Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
3 Mei 2020 | 10 Ramadan 1441