Home Berita PAS Kelantan

UBES, DPMM anjur Program Tik Tok Marketing Workshop

148
SHARE

KOTA BHARU, 7 Dis: Seramai 25 orang peserta hadir pada Program Tik Tok Marketing Workshop yang diadakan di Akademi Al-Aufi Bazar Tok Guru, semalam.

Program selama dua hari itu adalah kerjasama Urus Setia Belia, Sukan dan NGO (U-BeS) dan Dewan Muda Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) cawangan Kelantan.

Menurut Pengarah U-BeS, Nasruddin Mahmud Muhaidin, peserta terdiri daripada mereka yang telah terbabit dalam bidang perniagaan dari seluruh Kelantan.

“Melalui program ini peserta diajar cara-cara menguruskan aplikasi Tik Tok sebagai satu cara untuk mempromosikan produk perniagaan mereka,” kataya.

Peserta dibimbing dua penceramah daripada DPMM iaitu Wan Mohd Azizul Solehin Wan Mohd Yusoff dan Nurul Nadiah Mat Zin.