ALOR SETAR – Pusat Khidmat Penyelaras DUN Alor Mengkudu telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Khairat Kematian kepada pihak waris yang kematian ahli keluarga.
Mulai tahun 2022 Kerajaan Negeri Kedah telah menaikkan sumbangan wang khairat kematian daripada RM300 kepada RM500.
Tuntutan oleh waris boleh dilakukan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat atau Pusat Khidmat Penyelaras Dun masing-masing.
Penyampaian telah disempurnakan oleh Penyelaras Dun,Tuan Zakaria Sulaiman.