Home Kenyataan Media PAS Wilayah

PAS Wilayah Persekutuan Gesa Fokus Pulihkan Negara

79
SHARE

PAS Wilayah Persekutuan menggesa semua pihak untuk terus fokus memulihkan negara dan menyelesaikan masalah rakyat pasca pandemik.

PAS Wilayah Persekutuan menyokong penuh kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat – “Tiada Keperluan Segerakan PRU15, Fokus Utama Adalah Kesejahteraan Rakyat” bertarikh 12 Jun 2022.

Tindakan Umno yang berterusan mendesak YAB Perdana Menteri untuk menyegerakan PRU dilihat sangat tidak wajar.

Pada ketika negara sedang menghadapi krisis ekonomi yang menghimpit rakyat, semua pihak seharusnya berganding bahu bersama kerajaan untuk keluar dari kemelut ini.

Justeru, PAS Wilayah Persekutuan menegaskan sekali lagi agar semua pihak fokus dengan usaha memulihkan negara dan berhenti mendesak untuk diadakan PRU15 dalam tempoh terdekat ini.

Sekian.

LAr Haji Fauzi Abu Bakar
Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan
13 Zulkaedah 1443H | 13 Jun 2022