Home Artikel PAS Kelantan

Tuntutan Cukai Input GST wajib dikembalikan

258 views
SHARE

SAYA bangun mencelah ucapan Datuk Haji Ahmad Maslan (BN – Pontian) pagi tadi ketika beliau berucap membahaskan RUU Cukai Perkhidmatan. Saya bangkitkan berhubung cukai input GST yang sepatutnya dikembalikan kepada para peniaga, yang dikatakan berjumlah RM9-10 billion (Menteri Kewangan di dalam ucapannya petang ini menyatakan jumlahnya ialah RM17 billion).

Isunya ialah, sepatutnya para peniaga ini mendapat semula wang hasil tuntutan cukai GST yang dibayar oleh mereka seperti yang dijanjikan oleh kerajaan lalu sewaktu GST mula diperkenalkan. Jika diikutkan janji pada masa itu ialah ‘dalam masa 14 hari’.

Hari ini, ada tuntutan dua tahun lepas masih belum diperolehi menyebabkan aliran modal para peniaga terganggu. Soalan saya ialah, kenapakah ia berlaku?

Jawapan YB Pontian ialah, terdapatnya beberapa isu yang perlu dikaji oleh Jabatan Kastam sebelum mengembalikan wang tersebut. Sama ada jawapan ini boleh diterima atau tidak, ia boleh dibahaskan di ruang yang lain.

Soalnya pada hari ini, wang itu perlu dikembalikan kepada rakyat. PAS daripada dulu lagi menolak pelaksanaan GST tidak memikul beban yang terpaksa dipikul oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang telah menyokong pelaksanaan GST.

Walau apapun yang berlaku, tuntutan ini wajib dikembalikan kepada rakyat.

AHMAD FADHLI SHAARI
Ahli Parlimen Pasir Mas
8 Ogos 2018 – HARAKAHDAILY 8/8/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7711-tuntutan-cukai-input-gst-wajib-dikembalikan