Home Naib Presiden 1

Tumbang BN dulu, baru fikir siapa PM

793
SHARE

Tumbang BN dulu, baru fikir siapa PM
Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
22 Ramadhan 1438/17 Jun 2017


PAS bersama Gagasan Sejahtera akan lawan BN dulu dlm PRU 14. Bilangan kerusi yang akan ditanding sudah pasti lebih daripada separuh bilangan kerusi Parlimen bersama rakan di dalam Gagasan Sejahtera. Selepas menang baru kita fikir siapa Perdana Menteri.

Kita tidak mahu sibuk hendak lantik siapa PM, ikan kembung sekilo RM16. Getah sekerap RM2.20 sekilo. Bawang putih sekilo RM18. Peniaga stesen minyak sudah pening kepala, minyak turun naik. Rakyat pula setiap minggu beratur isi minyak.

Pertama kena dapat ikan dulu, baru kita fikir hendak masak apa. Kita tidak mahu, ikan tidak dapat lagi sudah bergaduh hendak masak apa.

Tumbang BN dulu. Cuma kena periksa , Jentera pilihanraya macam mana. Ahli berapa orang. Cula sudah dibuat atau belum. Tidak cukup kerja pilihanraya hanya dengan membina persepsi yang tidak berasas.

Petugas PACA dah cukup ka. Kalau setakat ada calon, jentera tidak ada, maka boleh angan-angan sahaja lah. Daftar pemilih macam mana?. Tidak cukup setakat hero di FB dan media sosial.

Masih ramai pengundi yang berkiblat kepada televisyen, terutama saluran satu dan penduduk luar bandar. Apabila dapat BRIM seolah-olah seperti air mutlak, suci lagi menyucikan. Kemarahan kepada GST, 1MDB dan kenaikan harga barang boleh disejukkan dengan BRIM. . Ini senjata yang ada kepada Umno BN di negara ini. DS Najib dan anggota kabinet semua telah turun padang untuk tabur gula-gula dan dedak kepada pengundi. Cukup bekerja sekali dalam lima tahun.

Ini yang kita perlu kekuatan jentera terutama untuk menarik pengundi melayu. Kita tidak ada wang dan dedak untuk ditaburkan. Tetapi jika kita ada jentera, dengan izin Allah kita mampu menang.

Tun Dr Mahathir dan mereka yang sewaktu dengannya tentu tahu tektik ini sewaktu mereka berada di puncak kuasa. Itu dulu, sekarang sebagai pembangkang tentu berbeza, kerana ia perlu kepada komitmen dan iltizam yang tinggi. Dulu ada dedak, sekarang ada air liur sahaja. Sudah tentu budaya kerja berbeza

Sekiranya jentera tidak ada, setakat hendak bersembang boleh lah, sebagai halwa telinga. InsyaAllah inilah yang PAS tekankan setiap kali pilihanraya. Kebiasaan jentera PAS akan membantu rakan-rakan yang bekerjasama dengannya setiap kali pilihanraya untuk melawan BN.

{jathumbnail off}