Home Artikel PAS Terengganu

Pemuda Hulu Terengganu Berbuka Bersama Penduduk

1,021 views
SHARE

 

KUALA BERANG : Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Terengganu (DPPHT) menganjurkan Iftar Jamaie bersama YB Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim bertempat di Restoran Laila, Kuala Berang. Program ini bertujuan untuk mengumpul dana menjelang PRU ke-14.

Program yang bermula pada pukul 6.30 petang ini didahului dengan ucapan aluan oleh Ustaz Harun bin Esa, ketua DPPHT diikuti sesi tazkirah oleh YB Hishamuddin bin Abdul Karim, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia. Dalam ucapannya, beliau yang juga merupakan ADUN Tepoh mengingatkan hadirin mengenai 10 manifesto awal PAS Terengganu yang membuktikan PAS istiqamah dalam usaha memperjuangkan isu-isu membabitkan kepentingan rakyat.

Program yang dihadiri kira-kira 240 penduduk tempatan dan para dermawan sekitar Hulu Terengganu ini turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Hilmi bin Dato’ Harun, ADUN Manir serta pimpinan-pimpinan PAS peringkat kawasan. Program berakhir jam 8 malam.

{jathumbnail off}