Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

Tuan Guru Mursyidul AM ; Seburuk Ulamak Ialah Ulamak Yang Menunggu Pintu Umarak

344 views
SHARE


TUAN GURU MURSYIDUL AM : SEBURUK ULAMAK IALAH ULAMAK YANG MENUNGGU PINTU UMARAK

Oleh: Asyraf Hanif

Kuala Terengganu, 13 Sept – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin hadir merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kali Ke-57 pada hari ini di Hotel Permai, Kuala Terengganu.

Di dalam ucapan perasmian, beliau menyifatkan seburuk-buruk Ulamak ialah Ulamak yang menunggu di pintu Umarak berikutan kehadiran YB PAS ke Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat.

Beliau menyebutkan pepatah arab:

بئس العلماء على أبواب الأمراء، ونعم الأمراء على أبواب العلماء
“Seburuk Ulamak ialah Ulamak yang menunggu di pintu Umarak(pemimpin), dan sebaik Umarak(pemimpin ialah pemimpin yang menunggu di pintu Ulamak.”

Beliau menegaskan, hubungan baik antara ulamak dan pemimpin kerajaan hanya berlaku di negeri taklukan PAS iaitu kerajaan Kelantan dan Terengganu.

Beliau menyifatkan Kelantan dan Terengganu adalah contoh terbaik betapa harmoninya hubungan antara dua institusi penting ini.