Home Artikel PAS Johor

Trio DMPNJ Menang Tanpa Bertanding Sesi 2019/2021.

741 views
SHARE


Trio DMPNJ Menang Tanpa Bertanding Sesi 2019/2021.

Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor Kali Ke 31 di Kukup Golf Resort pada 20 April 2019,Sabtu telah berlangsung dengan meriah dan berjalan lancar serta dapat disempurnakan dengan penuh ukhuwwah dan mahabbah.

Yang menariknya, kesemua 3 jawatan tertinggi bagi Dewan Muslimat Negeri Johor(DMPNJ) iaitu Ketua ,Timbalan Ketua dan Naib Ketua bagi Dewan Muslimat PAS Negeri Johor sesi 2019/2021 ,disandang tanpa melalui sebarang pengundian kerana kesemua trio DMPNJ menang tanpa bertanding .
Ini menyerlahkan kematangan perwakilan dan muslimat Johor dalam menentukan dan memilih 3 kepimpinan tertinggi bagi menerajui bahtera DMPNJ tanpa sebarang pengundian .

Sesi 2019 /2021 menyaksikan bahawa Fatimah Ismail menyandang jawatan Ketua Dewan Muslimat Negeri Johor ,Normala Sudirman atau lebih mesra disapa dengan panggilan Cikgu Mala berada di posisi Timbalan Ketua manakala jawatan Naib Ketua DMPNJ disandang oleh Hjh.Sabariah Mohd Amin .
Gandingan tenaga lama dan generasi muda digandingkan seiring bagi membentuk kombinasi kepimpinan yang mantap dan berwawasan diserlahkan melalui keunikan posisi menang tanpa bertanding.

Dengan tema ‘Islam Memimpin Wanita Sejahtera ‘ ,segala ucaptama Muktamar DMPNJ Kali Ke 31 ,dihadam dengan penuh penghayatan oleh semua muktamirat ,pemerhati dan tetamu yang hadir di daerah Pontian ini .

Muktamar DMPNJ Kali Ke 31 diserikan lagi dengan kehadiran YB Hjh.Mumtaz Binti Md.Nawi ,
Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan merangkap Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan selaku perasmi muktamar .

Pesuruhjaya PAS Negeri Johor ,Ustaz Abdullah Husin merangkap AJK PAS Pusat dan Saudara Khairul Faizi Ahmad Kamil ,Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor merangkap PSU PAS Pusat turut hadir melapangkan masa dalam majlis perasmian .Turut bersama ialah Kapten(B) YB Najib Bin Lep ,ADUN Bukit Pasir dah Saudara Ahmad Al-Johari ,Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Johor serta YDP dan Ketua Wanita DHPP merangkap Pengerusi DHPP Negeri Johor,Cik Kumutha A/P Rahman.

Semoga bahtera DMPNJ terus belayar gagah dalam persada politik negara setelah menempuh badai yang menguji langkah perjuangan suatu ketika dahulu, setelah 12 orang AJKnya beralih wadah perjuangan termasuk Ketua ,Timbalan dan Naib pada sesi 2015/2016 yang lalu.

Semoga ALLAH SWT terus memberkati perjuangan muslimat Johor ,berkat doa dan keikhlasan semua pihak yang sentiasa memberikan suntikan semangat,bimbingan ,dorongan dan taujihat sebagai kata-kata pembakar semangat selama ini .

“ISLAM MEMIMPIN WANITA SEJAHTERA”.
“Terus Beristiqamah Sehingga Kemenangan!”.