Home Artikel PAS Perlis

Persahabatan Pra-SUKPA: PASTI Kedah Tunjuk Belang

418 views
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU : Menjelang SUKPA 2019 yang akan berlangsung tidak lama lagi, PASTI Negeri Perlis telah mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak dan bola jaring menentang pasukan tetangga iaitu PASTI Negeri Kedah di padang Kompleks Pendidikan MADI, di sini petang tadi.

Perlawanan persahabatan berkenaan adalah sebagai persiapan bagi menghadapi temasya sukan terbesar PASTI yang bakal berlangsung di Melaka pada 27 April nanti.

Menurut ketua kontinjen PASTI Negeri Perlis Abdul Hadi Halipah, selain menjadi medan mempersiapkan pasukan masing-masing, perlawanan persahabatan ini juga merupakan sebahagian daripada program yang dirancang bersama ke arah mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak.

Perlawanan persahabatan bola sepak menyaksikan PASTI Negeri Kedah menewaskan pasukan tuan rumah dengan keputusan 4-0 manakala pasukan bola jaringnya pula mencatat kemenangan bergaya 29-6.