Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tragedi Kebakaran Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dalam Kenangan

2235
SHARE

(أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ)
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? [ Q:S. Al-‘Ankabut : 2 ]

Kurang lebih 5 bulan tragedi tahfiz terbakar yang telah mengorbankan 21 nyawa anak-anak tahfiz. Kebanyakan mereka yang terkorban masih belum aqil baligh dan pastinya kematian mereka ini dicemburui dan diimpikan oleh banyak pihak.

Terbaru, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd. Salleh sempat menyampaikan sumbangan orang ramai yang masih berbaki kepada seluruh keluarga mangsa yang terkorban.

Antaranya seorang anak berusia 11 tahun, Muhammad Zatullah Roslan yang telah diceritakan oleh bapanya mendapat tanda-tanda awal seperti mimpi sebelum hari kejadian.

Almarhum Muhammad Zatullah juga baru sahaja didaftar masuk ke Maahad Tahfiz ini pada bulan 3 tahun yang sama tragedi berlaku.

Ayah Almarhum, Roslan berkata bahawa anaknya antara yang tidak hangus terbakar semasa kejadian sambil menunjukkan gambar anaknya sebelum polis membuat siasatan, walaupun rakan-rakan sekeliling terkena bahang sehingga ada yang sukar untuk dikenal pasti.

Beliau suami isteri juga berkata ada antara ahli keluarga yang masih belum sepenuhnya menerima taqdir kematian anak masing-masing, namun bagi mereka sendiri, mereka berdua sangat tenang menerima dan berfikiran positif kerana anak mereka sudah pastinya mati dalam keadaan sedang menuntut ilmu, malah tidak tertanggung lagi dosa atas bahu mereka kerana masih belum baligh.

Sebelum pulang, Ustazah Nuridah sempat berpesan supaya terus sabar dan tabah mengahadpi ujian ini dan bersyukur kerana terpilih untuk diuji sehebat begini.