Home Berita PAS Selangor

TAHNIAH Ustazah Nor Ruzana!

4745
SHARE

BANGI, 24 Februari 2018- Ustazah Nor Ruzana Natiah Jaafar merupakan Penduduk Taman Kajang Utama telah dinobatkan sebagai johan qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Selangor 2018 di Masjid Raja Haji Sabilillah, Cyberjaya, semalam.

Beliau yang merupakan Johan Menunggu telah memperoleh markah sebanyak 92.5 peratus menjadi tanda beliau sangat berkebolehan dan menguasai ilmu taranum AlQuran.

Dewan Muslimat PAS Kawasan Serdang (DMPS) merasa berbesar hati mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ustazah Nor Ruzana atas kejayaan yang diraih.

Semoga segala kejayaan dan kemahiran ini akan dimanfaatkan sebaiknya bagi membantu masyarakat, agama dan negara.

PUAN HAMSATUL HAMZAH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Serdang
24 Februari 2018 bersamaan 8 Jamadil Akhir 1439