Home Berita PAS Melaka

TPJ2 PAS MELAKA LUANG MASA LAWAT PASTI SEKITAR MASJID TANAH

477
SHARE
TPJ2 PAS Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman di PASTI Aliya Azzahra, Taman Bandar Baru Masjid Tanah.

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH – Timbalan Pesuruhjaya 2 (TPJ2) PAS Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman meluangkan masa melawat semua sembilan buah PASTI di dalam kawasan Masjid Tanah sempena hari pertama persekolahan pagi semalam.

Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Masjid Tanah sempat bertanya khabar dengan guru-guru dan ibu bapa murid PASTI yang berada di PASTI ketika lawatan beliau itu.

Ustaz Imran  juga ditemani oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Ustaz Abu Naufal Samsudin dan AJK PAS Kawasan Masjid Tanah, Adam Baba.