Home Berita PAS Sabah

Ringankan beban ibu bapa menjelang hari persekolahan

596
SHARE

Oleh : Zulaikha Zulkiflee

SEPANGGAR – Program Back To School (BTS) PAS Kawasan Sepanggar telah berjaya diadakan di Kampung Lokub dan Kampung Padas, Tebobon ahad lepas.

Program ini dilaksanakan untuk meringankan beban perbelanjaan sekolah bagi keluarga yang kurang berkemampuan serta bertujuan menyantuni masyarakat sekitar Sepanggar.

Seramai 50 orang pelajar yang terdiri dari pelajar sekolah rendah dan menengah menerima sumbangan berbentuk beg sekolah, buku latihan, set alat tulis dan pensel warna.

Sumbangan telah di sampaikan oleh oleh Dr Aliakbar Gulasan, YDP PAS Kawasan Sepanggar serta Mohd Afiq Nordin, Ketua Pemuda PAS Kawasan Sepanggar turut sama meraikan para penerima yang bakal memulakan sesi persekolahan pada tahun 2020.

Dalam ucapan, Hj Awang Saidin, wakil JKK Kampung Lokub beliau mengalu-alukan PAS Sepanggar untuk melaksanakan program berbentuk dakwah dan masyarakat di kampung tersebut.

Turut hadir adalah Ummu Amirah Ali, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Sepanggar.