Oleh : Ibnu Janie
MASJID TANAH – Timbalan Pesuruhjaya 2 (TPJ2) PAS Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman meluangkan masa melawat semua sembilan buah PASTI di dalam kawasan Masjid Tanah sempena hari pertama persekolahan pagi semalam.
Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Masjid Tanah sempat bertanya khabar dengan guru-guru dan ibu bapa murid PASTI yang berada di PASTI ketika lawatan beliau itu.
Ustaz Imran juga ditemani oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Ustaz Abu Naufal Samsudin dan AJK PAS Kawasan Masjid Tanah, Adam Baba.