Home Berita PAS Kedah

Townhall Anak Muda Kedah bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan

568
SHARE

SUNGAI PETANI – Townhall 2 Senator Muda telah dianjurkan oleh Jabatan Profesional Muda (JPro) di bawah Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah pada 1 Januari yang lalu telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan oleh masyarakat setempat yang tinggal di kawasan bandar Sungai Petani, Kedah.

2 Ahli Dewan Negara telah ditampilkan sebagai ahli panel iaitu YB Senator Ir. Ts. Haji Khairil Nizam Khirudin dan YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Townhall turut dikendalikan oleh Ketua Pegawai Operasi Urusetia Penerangan Darul Aman, Saudara Abdul Hadi Omar sebagai moderator.

YB Senator Ir. Ts. Haji Khairil Nizam telah menegaskan di dalam ucapan beliau bahawa, “kita boleh melahirkan lebih ramai anak muda yang berwawasan sekiranya mereka diberi peluang untuk mempunyai pengalaman sebagai pegawai di kementerian”.

Sementara itu, YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyebut bahawa, “Anak muda hendaklah memiliki ilmu pengetahuan yang mencakupi segenap aspek duniawi dan ukhrawi sebagai asas penting sebelum menjadi seorang pemimpin yang berkaliber,

“Ilmu menjadi salah satu ciri yang penting kepada anak muda ketika mendepani masalah,

“Ini kerana, setiap pemimpin itu perlu melakukan ijtithad bagi mengeluarkan solusi yang terbaik bagi mengelakkan pertembungan kepentingan di dalam sesebuah masalah”, ujar beliau ketika menjawab soalan di dalam program ini.

Beliau juga telah menyatakan kerisauannya terhadap isu pengangguran di kalangan belia sebelum berlakunya Pandemik Covid-19 ini lagi.

“Kami daripada Kemeterian Belia dan Sukan akan berusaha sehabis baik untuk membantu belia di seluruh Malaysia untuk memperkasakan potensi dan kemahiran mereka melalui program Rakan Muda dan MyCore dan lain-lain”, ujar beliau.

Beliau mengharapkan pelbagai program yang disediakan untuk belia seperti ini akan dapat meninggikan kebolehpasaran mereka di industri pekerjaan yang terlibat.