Home Berita PAS Kedah

“Tonton Mat Kilau bersama YDP PAS Jerlun”

223
SHARE

JERLUN – Menjiwai semangat kepahlawanan Mat Kilau. Itu antara tujuan Program Tonton Mat Kilau bersama YDP PAS Jerlun yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan dan Media Baru bersama Lajnah Dakwah Jerlun pada malam ini, jam 9:30 malam.

Mengulas lanjut Yang Dipertua PAS Kawasan Jerlun, Dr Hj Abdul Ghani Hj Ahmad dalam satu kenyataan berkata Buku Tawarikh pernah mengukir nama pahlawan Melayu, Mat Kilau menentang British di tanahair kita.

“Ketika belajar tentang sejarah kepahlawanannya, tiada perasaan terdetik di hati untuk kagum, terpesona atau teruja dengan kehebatannya.

“Apabila sejarahnya dilakonkan semula mutakhir ini, perasaan membuak-buak di hati untuk menontonnya semakin membara,” katanya.

Oleh itu, beliau mengajak orang orang menjiwai semangat kepahlawanan Mat Kilau daripada filem yang ditayangkan itu.