Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tolak RUU Perbekalan: PH Tunjuk Wajah Sebenar

409
SHARE

 


Tolak RUU Perbekalan:
PH Tunjuk Wajah Sebenar

1. Tiada apa lagi yang dapat diharapkan dari seorang ahli Parlimen apabila beliau menentang wang tambahan yang akan diberikan kepada rakyat yang mengundinya. Ini menujukkan mereka merupakan Ahli Parlimen yang mementingkan sentimen kepartian dan membangkang apabila cadangan dibuat oleh PN, biarpun ada manfaat untuk negara dan rakyat.

2. Rentetan itu yang terjadi dalam sidang parlimen Sesi 17 Ogos apabila 106 Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan menolak Rang Undang-Undang Perbekalan iaitu peruntukan semula daripada Kumpulan Wang disatukan sejumlah wang yang tidak melebihi RM7,184,083,200 hanya kerana tidak berpuas hati jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar Abdullah sedangkan wang tersebut antara yang bakal disalurkan kepada rakyat yang memerlukan dan mereka yang terjejas sepanjang kita bergelut dengan pandemik Covid-19.

3. Tindakan seperti itu, memberikan signal jelas kepada rakyat bahawa perjuangan mereka hanya perjuangan menegakkan sentimen kepartian dan peribadi bukan memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Ternyata kenyataan mereka yang ingin menentang kleptokrasi dan kepincangan dalam sistem pemerintahan hanyalah retorik semata.

4. Rakyat harus ingat sejarah ini dan memastikan mereka tidak lagi tertipu dengan janji ahli politik yang mementingkan pendapat politik mereka bukan memperjuangkan nasib dan kebajikan rakyat. Tolaklah mereka dalam PRU 15 nanti.

DrNajihatussalehah bt Ahmad,
Ketua Penerangan,
Dewan Muslimat PAS
Malaysia.

29 Zulhijjah 1441
19.8.2020

#Islammemimpinwanitasejahtera