Home Artikel PAS Pusat

Wasiat Dan Peringatan Untuk Seluruh Wakil Rakyat Dan Pimpinan PAS

847
SHARE

l

MERENUNG DIRI: WASIAT DAN PERINGATAN UNTUK SELURUH WAKIL RAKYAT DAN PIMPINAN PAS

PAS bergerak dan mengambil strategi politico-dakwah hari ini adalah dengan cita-cita dan matlamat yang telah digariskan sejak penubuhannya. Matlamat PAS sangat besar, untuk menegakkan kedaulatan Islam, sehingga membuatkan seluruh musuh Islam menjadi tidak senang. Hari ini, Allah memberi peluang kepada PAS seperti berikut:

I. Memerintah tiga buah negeri – Kelantan, Terengganu dan Kedah
II. Menjadi sekutu bagi pembentukan kerajaan negeri di Perak, Johor dan Melaka.
III. Menjadi salah sebuah rakan dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan dan memegang beberapa portfolio dalam Kabinet Persekutuan, serta
IV. PAS diberi peluang memimpin parti-parti politik Melayu Islam untuk memperkukuhkan perpaduan ummah.

Maka, saya mengajak seluruh pimpinan dan para wakil rakyat PAS untuk meneliti semula wasiat murabbi agung kita, Prof Zulkifli Mohammad dalam memandu langkah perjuangan. Pesan beliau,

“Saudara-saudara sekalian,

“Saudara-saudara telah dipilih oleh rakyat menduduki dewan-dewan negeri (DUN) dan Dewan Rakyat, satu amanah yang telah diletakan oleh Allah SWT kepada saudara-saudara dan tentunya saudara-saudara berkewajipan menunaikan amanah Allah itu dengan sesempurna mungkin.

“Dari itu untuk menunaikan amanah Allah itu, saudara-saudara hendaklah sentiasa mendampingkan diri kepada Allah dan rasul-Nya, mendampingkan diri dengan al-Quran dan hadis, dengan kitab-kitab Islam, supaya saudara-saudara dapat benar-benar menguasai ilmu Islam.

“Cita-cita PAS ialah untuk menjaga kedaulatan Islam dan menegakkan negara Islam, satu cita-cita yang amat murni. Tetapi bolehkah kita hendak menegakkan cita-cita negara Islam itu tanpa ilmu, tanpa memahami Islam sesempurna mungkin. Dari itu carilah ilmu, tambahkanlah pengetahuannya mengenai Islam dengan segala yang ada padanya.”

~ Prof Zulkifli Mohammad dalam ucapan terakhirnya pada 4 Mei 1964. Beliau meninggal dunia akibat kemalangan jalan rata di Gambang, Kuantan pada pagi 6 Mei 1964 selepas menyampaikan ucapan ini.

Dr Fadli Ghani