Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tragedi Tanah Runtuh Yang Meruntun Jiwa

180
SHARE

Perkhabaran kejadian bencana tanah runtuh di jalan Genting – Batang Kali telah mengejutkan seluruh negara.

Dipercayai pasukan bomba dan penyelamat telah menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.24 pagi tadi. Perkembangan terkini mendapati 16 orang maut dan 17 orang hilang dalam tanah runtuh tersebut.

Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang telah meninggal dunia. Semoga mereka dikurniakan ketenangan dan kesabaran dalam menghadapi ujian Allah ini.

Di samping itu, marilah kita doakan semoga usaha menyelamatkan lagi mangsa dipermudahkan serta seluruh anggota penyelamat yang terlibat dilindungi daripada sebarang bahaya.

Kepada rakyat Malaysia, teruskan berdoa agar kejadian ini dapat diuruskan dengan sebaik mungkin.

Semoga segala kehilangan digantikan dengan yang lebih baik dan jauhilah diri kita daripada perkara-perkara yang tidak diredhai oleh Allah SWT, agar urusan kita dipermudahkan di dunia dan akhirat.

Salam hormat.

‘Malaysia Sejahtera’
‘Penyatuan Ummah Menuju Kemenangan’

Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
16 December 2022 bersamaan 21 Jamadilawal 1444H