Home Berita PAS Selangor

PAS For All | Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Negeri Selangor – DHPP Kunjung Hormat Timbalan Menteri Agama

589
SHARE

Putrajaya | 19 Ogos 2020

Dewan Himpunan Pendukung PAS Pusat mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertemu dengan YB Haji Ahmad Marzuk Shaary selaku Timbalan Menteri.

Rombongan DHPP diketuai oleh YB Senator Balasubramaniam selaku Ketua DHPP Pusat bersama Dato Deepakaran Naib Ketua DHPP Pusat yang juga merupakan Ketua DHPP Selangor dan bersama dua AJK DHPP iaitu Sdr Barathi dan Radha.

Pertemuan itu membincangkan berkaitan hubungan dua hala bersama masyarakat bukan Islam. Dengan ruang yang ada, DHPP menawarkan khidmat dan bantuan dalam usaha memberi faham tentang Islam kepada masyarakat bukan Islam bagi mengekalkan kehormanian dan perpaduan di kalangan masyarakat dalam negara.

DHPP juga menyatakan komitmen untuk sama-sama membantu hal-hal berkaitan bukan Muslim dan sentiasa bersedia berkerjasama dengan Kementerian Hal Elwal Agama.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor