Home Kenyataan Media PAS Kedah

Tolak Khemah Besar, Fokus Penyatuan Ummah

55
SHARE

PAS Alor Setar sama sekali tidak setuju dan menolak sebarang usaha melaksanakan ‘khemah besar’ dalam kalangan parti-parti politik menjelang PRU ke 15,sebaliknya memberi fokus menyokong gagasan penyatuan ummah.

Apa yang diperkatakan oleh YDP Pas Kawasan Alor Setar,YB Senator Dato’ Ustaz Hj Ahmad Yahaya bahawa berlaku penipuan dan kerakusan dibuat kepemimpinan Pakatan Harapan(PH) yang memerintah selama 22 bulan selepas memenangi PRU ke 14 yang lalu harus menjadi kayu pengukur dan pengajaran buat kita.

Pas Alor Setar meyatakan sokongan terhadap gagasan penyatuan ummah sebagai strategi ampuh bagi mendepani PRU ke 15 akan datang.

Kita juga bertegas tidak akan bersama dengan mereka yang dibuktikan bersalah melakukan tindakan pecah amanah,salah guna kuasa dan mengamalkan rasuah dalam kepimpinan mereka.

Agenda penyatuan ummah hendaklah diteruskan kerana apa yang dibawa Pas berteraskan kepada prinsip islam memimpin,keadilan untuk semua dan ummah sebagai keluarga Malaysia.