Home Kenyataan Media PAS Kedah

Tolak Sertai Khemah Besar Kekal Gagasan Penyatuan Ummah

91
SHARE

 

PAS Kuala Kedah menyambut baik penegasan yang disuarakan oleh YB Senator Dato’ Ustaz Ahmad bin Yahaya, Pesuruhjaya PAS Kedah mengenai pemerkasaan gagasan penyatuan ummah bagi mengukuh kedudukan politik teras melayu Islam, tanpa meninggalkan kelompok kaum lain yang turut sama menerima gagasan tersebut.

Gagasan penyatuan ummah ini tidak sekadar retorik politik menjelang pilihanraya, tetapi ia adalah cerminan kekuatan ukhuwah ummah berasaskan acuan syariat Islam yang utuh. Inilah jalan Islam, inilah jalan kita.

Sehubungan dengan itu, PAS Kuala Kedah menolak konsep ‘Khemah Besar’ yang cuba diperkenalkan oleh PH sebagai senjata politik menjelang PRU 15.

Cukuplah PH memerintah negara selama 22 bulan, rakyat sudah mengetahui perilaku serta dapat menilai keikhlasan mereka mentadbir negara.

Justeru, PAS Kuala Kedah mengajak seluruh rakyat Kedah membina dan mengukuhkan lagi binaan penyatuan ummah ini supaya survival politik berpaksikan kesejahteraan ummah kekal stabil dan terpelihara. Ambillah pedoman seperti kata pepatah melayu, ‘Bersatu teguh, bercerai roboh’.

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi

YDP PAS Kawasan Kuala Kedah