Home Kenyataan Media PAS Kedah

PEMUDA PAS KEDAH BERSAMA YAB MENTERI BESAR KEDAH

99
SHARE

 

Pemuda PAS Kedah berdiri teguh bersama YAB Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Pemuda PAS Kedah berpendirian bahawa naratif yang dibina oleh YAB Menteri Besar Kedah adalah berdasarkan kepada sejarah yang tepat dan tidak wajar dilihat sebagai satu bentuk jenayah kepada negara.

Isu Pulau Pinang – Kedah ini adalah isu sejarah yang telah dibahaskan saban tahun oleh para pengkaji, ahli akademik, dan beberapa tokoh-tokoh masyarakat yang bebas daripada pengaruh atau kepentingan politik kepartian dalam negara ini.

Isu paling utama yang digagal difahami oleh Kerajaan pimpinan PMX adalah berkaitan isu bayaran pajakan serta bayaran air yang perlu dibuat oleh Kerajaan Pulau Pinang kepada Negeri Kedah.

Pemuda PAS Kedah memberi amaran kepada PMX supaya tidak menggunakan kedudukan serta kuasa yang ada untuk menutup mulut rakyat daripada bersuara seperti yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Sebanyak 3 pucuk surat telah diutuskan oleh YAB Menteri Besar Kedah untuk bertemu dengan YAB Perdana Menteri bagi membincangkan isu-isu berbangkit ini namun tidak dilayan malah PMX pada masa yang sama turut menyerang YAB Menteri Besar Kedah di dalam Dewan Rakyat.

Apakah PMX takut untuk bersemuka dengan YAB MB Kedah?

Akhirnya, Pemuda PAS Kedah menegaskan bahawa Pemuda PAS Kedah akan sentiasa terus berdiri mempertahankan kepimpinan PAS negeri Kedah khususnya YAB MB Kedah untuk terus memperjuangkan hak Kedah walaupun terpaksa berhadapan risiko yang tinggi.

Sekian

USTAZ NASRUN BIN OTHMAN

Ketua Pemuda PAS Kedah

Bertarikh: 7 Jun 2023