Home Kenyataan Media PAS Kedah

PAS Kawasan Langkawi Tolak Sertai Khemah Besar: Kekal Gagasan Penyatuan Ummah

100
SHARE

OLEH: SHAKIRAH AZIZAN

LANGKAWI, 23 Jun – Yang Dipertua PAS Kawasan Langkawi, Zubir Ahmad berkata PAS Kawasan Langkawi menyambut baik penegasan yang disampaikan oleh YB Senator Dato’ Ustaz Ahmad bin Yahaya, Pesuruhjaya PAS Kedah mengenai pemerkasaan gagasan penyatuan ummah.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Langkawi, Akashah Azinan menyatakan sokongan penuh terhadap gagasan penyatuan ummah. Gagasan penyatuan ummah ini mengukuhkan kedudukan politik teras melayu Islam, tanpa meninggalkan kelompok kaum lain yang menerima gagasan tersebut.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Langkawi, Ustazah Fatimah Ibrahim juga menyatakan sokongan untuk kekal gagasan penyatuan ummah sebagai satu strategi ampuh mendepani cabaran PRU Ke-15 akan datang.

Kata Ketua Dewan Ulamak PAS Kawasan Langkawi, Ustaz Mohd Shazuri Saad, “Kita bukan pelarian nak tinggal dalam khemah. Rumah kita sekarang lebih selesa dan lebih terjamin keselamatannya. Khemah banyak nyamuk dan serangga yang mencari kesempatan menghisap darah. Kepada yang masih berada di luar, jemput masuk bersama-sama kita nikmati kehidupan yang damai dalam satu keluarga Malaysia”. Ujarnya.