Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Tolak Calon Parti Yang Sokong Agenda Akta 164, Kalau Tidak Islam Berada Bawah Agama Lain

533
SHARE


Tolak Calon Parti Yang Sokong Agenda Akta 164, Kalau Tidak Islam Berada Bawah Agama Lain

Oleh: Muhd Salman

Ketua Sekretariat UMMAH, Hj Aminuddin Yahya, membuat seruan kepada semua pengundi untuk tolak calon atau parti yang membawa agenda yang merugikan Islam seperti menjayakan agenda Akta 164 dan Akta Harmoni.

Seruan itu dibuat dalam ucapan akhir beliau di Himpunan Deklarasi Pimpinan NGO dan Tokoh NGI, Tsunami Melayu-Islam anjuran Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) bertempat di Hotel Bangi-Putrajaya, Bandar Baru Bangi hari ini.

“Menyedari ada golongan yang cuba menghakis Islam dalam perlembagaan dengan menyokong RUU 164 dan cubaan membawa Akta Harmoni.

“Akta Harmoni ini bahaya tuan-tuan, kalau lulus Islam akan berada dibawah agama lain.

“Maka himpunan ini menyeru rakyat Malaysia menolak mana-mana calon dan mana-mana parti yang membawa dan menyokong agenda untuk meluluskan Akta 164 dan Akta Harmoni,”seru Hj Aminuddin Yahya.