Home Berita PAS Wilayah

Seruan Menuju Kesejahteraan Buat Rakyat Malaysia

636
SHARE

Assalamualaikum warahmatullah dan salam Malaysia Sejahtera kepada semua.

InsyaAllah tidak sampai 24 jam lagi, kita rakyat Malaysia akan mengundi bagi memilih kerajaan yang bakal memimpin negara yang kita sayangi ini.

Saya, Ustaz Azhar bin Yahya ingin menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, undilah PAS dan Gagasan Sejahtera bagi menumbangkan kesengsaraan dan menggantikannya dengan kesejahteraan yang akan menyelamatkan kita semua.

Pertimbangkanlah ketelusan PAS dalam memerintah di mana ahli politik PAS bersih sama sekali dari disiasat atas salah laku rasuah.

Pertimbangkanlah dokumen – dokumen strategik PAS untuk membina Malaysia Sejahtera iaitu Manifesto Malaysia Sejahtera Peringkat 1 & 2, Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS), Dokumen Hijau dan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).

Pertimbangkanlah calon – calon PAS yang berwibawa, pelbagai kaum, pelbagai latar belakang pendidikan, golongan profesional dan para agamawan. Barisan calon ini adalah tawaran kami untuk membentuk Kerajaan Teknokrat yang berdaya saing dan berprinsip bagi membina Malaysia Sejahtera.

Akhir sekali, PAS bersama Gagasan Sejahtera telah membuat keputusan untuk memerintah dan kami serius untuk membina Malaysia Sejahtera.

Percayalah bahawa tidak ada parti lain yang menawarkan tawaran sebaik ini kepada Malaysia. Oleh itu, undilah PAS dan Gagasan Sejahtera dan berdoalah agar Allah SWT sentiasa memelihara negara kita yang sayangi ini.

Ayuh! Undi Gagasan Sejahtera dan kita sejahtera bersama!

Sekian, terima kasih.

—————————————

#KitaSejahteraBersama
#SejahteraBersamaIslam
#YaAllahMenangkanlahPAS

➖➖➖➖➖➖➖➖
? Media Rasmi kami :
? www.batusejahtera.com
? batusejahtera@gmail.com

❤ Like | Share | Follow us:
? facebook.com/paskawasanbatu/
? facebook.com/ustazazharyahya/
? instagram.com/batusejahtera
? telegram.me/P115ParlimenBatuSejahtera
? youtube.com/channel/UCMMnGatOEg8zLl7cLxdel4Q

Sebarkan sekarang!!