Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Tokoh Ulamak dan Aktivis Masyarakat Taruhan PAS Untuk Rakyat Tambun

1718
SHARE

Tokoh Ulamak dan Aktivis Masyarakat Taruhan PAS Untuk Rakyat Tambun

Oleh : Ibnu Rahim

PAS Perak telah menampilkan Ustaz Ibrahim bin Zakaria, sebagai calon P.063 Tambun. Beliau dikenali sebagai tokoh ulamak dan sangat mesra serta peramah dengan masyarakat.

Beliau dibesarkan di Kuala Kangsar dan Menetap di Tambun, Perak. Telah dikurniakan 7 orang cahaya mata.

Mendapat pendidikan awal di Madrasah Misbah Al-Falah Parit Panjang Baling, Kedah sebelum melanjutkan pelajaran ke Pakistan.

Berikut merupakan latar belakang pendidikan beliau :

● Maahad Salman Al Farisi Peshawar, Pakistan

● Maahad Imam Abu Hanifah Peshawar, Pakistan

● Universiti Islam Antarabangsa Islamabad, Pakistan

● Universiti Islam Gujranwala, Pakistan

Beliau juga merupakan Pengetua Maahad Tahfiz Al Quran Dar Al-Abrar, Seri Manjung Perak. Dalam arena politik, beliau pernah menjadi bekas calon PAS Parlimen Lenggong pada tahun 2008.

Keterlibatan beliau dalam PAS tidak dapat disangkal lagi. Antaranya,

● Bekas AJK Dewan Ulamak PAS Perak

● AJK Dewan Ulamak PAS Malaysia

● Timbalan Ketau Dewan Ulamak PAS Perak (Sekarang)

● Penyelaras Parlimen Tambun