Home Artikel PAS Selangor

Bekas Pembantu Penyelidik Kanan MARDI Bertanding Tiket PAS Di DUN Kajang

248 views
SHARE

Puan Zaiton bin Ahmad adalah salah seorang daripada 38 calon muslimat PAS yang bertanding dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14) kali ini. DUN Kajang adalah salah satu daripada 28 DUN yang menampilkan muslimat PAS.

Anak kelahiran Kluang Johor ini telah mendapat pendidikan di M.C.E. Sultan Ibrahim Girls School Johor Baharu dari tahun 1972-1977 dan meneruskan pengajian dalam Sijil Pengajian Islam di UKM.

Puan Zaiton telah berkhidmat selama 38 tahun di MARDI Serdang sebagai Pembantu Penyelidik Kanan antara tahun 1979 hingga 2017.

Beliau yang lebih mesra dipanggil Kak Ton banyak terlibat dengan aktiviti sosial seperti menjadi Guru AlQuran di Akademi Darul Faezah dan mengajar di beberapa tempat seperti MARDI, Masjid Kajang, Surau AlAmin Bukit Kajang Mewah dan banyak lagi.

Minat dan keinginan Kak Ton berbakti pada masyarakat terserlah apabila beliau suka menceburkan diri dalam urusan pengurusan jenazah sehingga dilantik sebagai Bilal Jenazah Surau Jenaris sehingga 2011 dan menjadi penceramah dan jurulatih bebas pengurusan jenazah.

Sifat kepimpinan yang terserlah dalam diri beliau telah memposisikan diri beliau sebagai Ketua Biro Muslimat Masjid Jamek Kajang sehingga tahun 2015, Pengerusi NGO Halwanis dan Mesra Prihatin.

Beliau juga memegang taklifan sebagai Ketua Muslimat PAS Kawasan Hulu Langat selama 10 tahun, Setiausaha Urusetia Parlimen Hulu Langat selama 2 penggal, Jawatankuasa Lajnah Kebajikan Muslimat Malaysia bersama arwah Dr Lo Lo dan Dr Najihah dan memegang jawatan sebagai Exco Lajnah Pengurusan Harta, Dewan Muslimat Negeri Selangor sehingga kini.

Maka, rakyat Kajang seharusnya memberi peluang kepada Puan Zaiton Ahmad dalam PRU14 kali ini