Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Ketokohan Dr Johari bin Mat Mampu Bawa Suara Umat Islam

2143
SHARE

Ketokohan Dr Johari bin Mat Mampu Bawa Suara Umat Islam

Oleh : Ibnu Rahim

PAS Kelantan menampilkan Dato’ Dr Johari bin Mat yang akan merebut kerusi di P.027 Tanah Merah. Beliau merupakan tokoh veteran dan sangat berpengalaman dalam dunia kepimpinan.

Pendidikan awal beliau bermula di Sekolah Bukit Panau, Tanah Merah Kelantan pada tahun 1961 sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Maahad Muhammadi Kota Bharu Kelantan tahun 1971.

Tahap pendidikan :

● BA Syariah & Undang-undang Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK), Nilam Puri Kota Bahru Kelantan (1975)

● M.A Usuluddin Universiti Imam Mohd Ibn Saud Al Islamiyyah Riyadh, Saudi Arabia (1982) (Pengkhususan : Akidah & Aliran Pemikiran semasa)

● Ph.D Usuluddin Universiti Imam Mohd Ibn Saud Al Islamiyyah Riyadh, Saudi Arabia (1994)

● Diploma Undang-undang dan Kehakiman Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2007)

Beliau juga merupakan Ahli Panel Kajian Akidah di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pengalaman Pekerjaan yang pernah diceburi :

● 1976 – 1981 – Tutor Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK)
● 1981-1983 – Tutor, Universiti Malaya Kuala Lumpur
● 1983-1996 – Pensyarah, Akademi Islam Universiti Malaya
● 1999-April 2003 – Prof Madya, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
● Mei 2003-Mei 2012 – Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
● 2011-2017 – Ahli Dewan Negara (Mewakili Negeri Kelantan)

● Julai 2017 – sekarang –
– Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia (IPTG)
– Jawatankuasa Fatwa Kelantan & Perlis
– Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis
– Ahli Jemaah Ulama Majlis Agama Islam Kelantan

Selain itu, beliau juga pernah terlibat dalam membentang kertas kerja di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

Berdasarkan tahap pendidikan dan pengalaman yang cukup matang tersebut, PAS yakin bakal membawa pulang kemenangan.