Home Kenyataan Media PAS Sarawak

Tokoh Anak Sarawak dipilih AJK Pemuda PAS Malaysia

1,136 views
SHARE

 

Ketua Pemuda PAS Sarawak, Sdr M Arifiriazul Paijo dan Setiausaha PAS Sarawak, Sdr Muhtar Suhaili telah dipilih sebagai AJK Pemuda PAS Malaysia.

Pemuda PAS Sarawak mengucapkan tahniah kepada Sdr Arif dan Sdr Muhtar atas tanggungjawab baru ini. Ini membuktikan bahawa ketokohan dan kepimpinan pimpinan anak Sarawak diterima di peringkat nasional. Ini juga menunjukkan PAS Sarawak tidak ketandusan tokoh-tokoh pimpinan muda yang boleh diketengahkan ke peringkat nasional.

Pemuda PAS Sarawak berikrar akan membantu dua tokoh anak Sarawak ini dalam menjalankan amanah dan tugasan ini.

Semoga dengan pemilihan dua anak Sarawak sebagai pimpinan nasional dapat menjadi suara rakyat Sarawak di peringkat nasional terutama isu-isu melibatkan kepentingan Sarawak.

Abdul Hadi Bin Alias
Ketua Penerangan Pemuda PAS Sarawak

{jathumbnail off}