Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

HIKMAH DALAM SETIAP UJIANNYA

953 views
SHARE

 

HIKMAH DALAM SETIAP UJIANNYA

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-‘Ankabut ayat 2 yang bermaksud;_Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?_Maha Suci Allah Tuhan yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Alhamdulillah atas nikmat ujian daripada Allah yang berlaku malam tadi di tapak berlangsungnya Muktamar Tahunan PAS kali ke-63.Sesungguhnya ujian yang datang bukanlah untuk melemahkan kita sebagai hamba Allah tetapi ianya dapat mengampunkan dosa kita dan mudah-mudahan akan meningkatkan keimanan kita kepada Allah s.w.t.

Dewan Muslimat PAS Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga yang terlibat dengan kecederaan khususnya dan seluruh sidang muktamar yabg hadir umumnya. Kami dengan rasa rendah hati menucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Amal, Briged Muslimat, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta semua pihak yang membantu mangsa semalam secara langsung mahupun tidak langsung. Hanya Allah juga sebaik-baik pemberi ganjaran.

Dikesempatan ini juga, kami berharap agar ujian ini akan sentiasa menambahkan iman dan keyakinan kita kepada Allah s.w.t dan semoga segala kerugian yang berlaku ini akan diganti oleh Allah s.w.t dengan gantian yang lebih baik yang tidak dijangkakan oleh kita insyaAllah.

Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
3 Sya’aban 1438H
30 April 2017