Oleh TASNIM MUSTAFFA
PADANG TERAP, 15 Sept – Tokoh Ulama Negeri Kedah, Datuk Haji Ahmad bin Haji Md Nor, 96, yang dikenali dengan nama Tok Guru Pak Teh Mad telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Nerang, Padang Terap pada jam 12.57 pagi tadi bersamaan 8 Safar 1443H.
Allahyarham dimasukkan ke hospital selepas kesihatannya mulai merosot tiga hari lalu dan meninggal dunia akibat jangkitan kuman paru-paru.
Cucunya, Man Abdul menerusi hantaran di laman sosial Facebook pada pagi Rabu mengesahkan pemergian Allahyarham.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Gelanggang, Kuala Nerang, Kedah pada pukul 11 pagi tadi.