Home Berita PAS Melaka

Tinta Lajnah Ekonomi : Cuti Tanpa Gaji : Apa Implikasinya?

526
SHARE

Oleh : Haji Rafie Ahmad

PAS Melaka melalui Lajnah Ekonomi Negeri ingin kongsikan maklumat berikut untuk manfaat bersama :

Ahmad berbincang dengan majikan dan bersetuju untuk mengambil cuti tanpa gaji.

Bagaimana agaknya Ahmad akan meneruskan hidupnya, menanggung perbelanjaan isi rumah dan menguruskan komitmen kewangan yang ada khususnya dalam beberapa bulan ini? Apa yang kerajaan sediakan untuk membantu Ahmad?
.
Kerajaan telah menyediakan inisiatif-inisiatif berikut untuk membantu Ahmad:

1. Program Pengekalan Pekerjaan di bawah SOCSO ada menyediakan insentif RM600 sebulan bagi tempoh maksimum 6 bulan. Syarat kelayakan ialah Ahmad dan majikan hendaklah mencarum SOCSO dan bergaji RM4000 ke bawah.

2. Moratorium pinjaman sehingga 6 bulan ditawarkan kepada semua peminjam secara automatik. Ahmad tidak perlu fikir tentang komitmen kewangannya.

3. i-LESTARI iaitu program pengeluaran wang KWSP akaun 2 maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

4. Jika Ahmad adalah di kalangan B40 yang berpendapatan isi rumah bawah RM4000, Ahmad layak mendapat Bantuan Prihatin Nasional RM1,600.

Terima kasih dan moga bermanafaat.

Penulis adalah Pengerusi Lajnah Ekonomi Badan Perhubungan PAS Melaka