Home Artikel PAS Sabah

Jabatan Amal Derma Darah Tampung Kekurangan Bekalan Di Hospital Semporna.

332
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
8 April 2020

SEMPORNA: Jabatan Amal Semporna mengadakan program derma darah bagi menampung kekurangan bekalan tabung darah di Hospital Semporna.

Bendahari Jabatan Amal Semporna Affendi Ratiman yang mengetuai misi ini berkata, Jabatan Amal Semporna menyahut seruan Ketua Pengarah Jabatan Amal Pusat untuk bersama-sama membantu memberikan sumbangan kepada negara melalui menderma darah untuk bekalan tabung darah pihak Hospital daerah masing-masing.

“Perkara ini disambut baik oleh ahli-ahli Jabatan Amal Semporna dan terus merancang misi ini bagi membantu pihak hospital Semporna”.

Menurutnya lagi, walaupun sumbangan ini tidaklah terlalu besar tetapi diharapkan ianya menjadi satu impak yang baik kepada penerima yang memerlukannya kelak dan ini merupakan langkah pertama serta menjadi harapan ianya akan berterusan pada masa akan datang.

“Kami merakamkan terima kasih kepada pihak Hospital Semporna kerana kesudian menerima kehadiran ahli-ahli Jabatan Amal.

“Jabatan Amal juga akan menetapkan program ini secara tahunan untuk memastikan bekalan darah di Hospital Semporna ini mencukupi”. Katanya lagi.