Home Berita PAS Melaka

Tinta Ketua Penerangan Tangga Batu : Pembentukan Kabinet – Wala’ Dan Tenang

1522
SHARE

Oleh : MOHAMMED SAUFEE OTHMAN

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Pasca pembentukan saf Menteri Kabinet Malaysia di bawah Kerajaan Perikatan Nasional, ada juga berbunyi di sana sini dikalangan ahli kita tentang ketidakpuasan hati terhadap barisan Jemaah Menteri & Timbalan Menteri tersebut.

Memang lumrah manusia takkan pernah puas hati dengan sesuatu nikmat sebagaimana Bani Israel dizaman Nabi Musa dahulu, sehingga akhirnya mereka menuntut untuk melihat Allah.

Ketidakpuasan hati ini mungkin berpunca dari hal-hal berikut :
: skeptikal terhadap prestasi
dan rekod silam sebahagian
jemaah menteri
: meragui kemempuan sebenar
jemaah menteri khususnya
bila memegang portfolio yang
bukan dari kelulusan dan
pengalaman mereka
: terlalu mengharap akan
berlaku perubahan drastik
terhadap perlaksanaan
syariat Islam yang diharap
dimulakan dari blok PAS

Apapun asas keraguan yang dipancarkan, kita perlu kembali kepada asas (back to basic) iaitu, pertama, ianya berlaku dengan Kehendak Allah swt, sebagaimana yang berlaku kepada pertukaran kerajaan hari ini, ramai yang tidak menyangka dari dalam kotak pemikiran kita. Ada hikmah disebalik pembentukan Kabinet Menteri yang baru ini sebab ianya berasas kepada tunjang Muafakat Nasional iaitu Islam.

Asas yang kedua adalah syariat Islam pada zaman Rasulullah SAW pun ada yang dilaksana secara gradual. Sebagai contoh pengharaman arak.
Sesetengah perubahan yang hendak dilaksana mungkin perlu dilakukan secara gradual. Yang tidak boleh dikompromi adalah hal berkaitan Aqidah.

Sebagai ahli kita perlu tawadhu’ apabila menerima “kemenangan” ini sepertimana yang Rasulullah SAW serta para sahabah lakukan tatkala Fathul Makkah. Tunduk … tindakan seterusnya hanyalah menghapus berhala-berhala Lata & Uzha. Membebaskan Kota Makkah dari kesyirikan.

Tatkala selesai Perang Hunain mereka kembali ke Kota Madinah, sebagaimana keadaan semasa mereka datang, untuk meneruskan perjuangan menyebarluas Islam. Memang ada kekalutan semasa pembahagian ghanimah Hunain … tetapi akhirnya para sahabah memilih Rasululullah SAW sebagai “harta” abadi milik mereka. TANPA ADA BANTAHAN LAGI.

Ayuh ahli-ahli PAS sekelian !!!
Kita harus sedar :
– diperingkat ini kita belum
menguasai sepenuhnya
kerajaan untuk
membolehkan perlaksanaan
menyeluruh Syariat Islam
– politik itu bersifat dinamik,
letakkan kepercayaan
sepenuhnya kepada
pimpinan PAS yang ada
sekarang untuk mengatur
langkah dalam pentas
terbuka sekarang
– kita perlu hindari sikap
gopoh yang akhirnya boleh
merugikan kita
– yang teramat penting kita
terus terusan mendoakan
agar Allah SWT menetapkan
iltizam pimpinan kita untuk
teguh memperjuangkan
Kedaulatan Islam di
Malaysia.

Ingat hasrat Tok Guru :
POLITIK BERIMAN POLITIK BUDIMAN

Allahu’alam.

Barakallahu feekum.

“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”

Ketua
Lajnah Penerangan dan Media Baru
PAS Kawasan Tangga Batu
16 Rajab 1441 H / 11 Mac 2020