22 Bulan Itu Perit!
Oleh : AHMAD NAWFAL MAHFODZ
Perkara yang sudah terpahat dalam minda dan sanubari kita. Tidak perlu diterangkan lebih panjang, semua sudah maklum ia adalah saat perit Malaysia berada dalam pemerintahan PH.
Kepayahan berlawan dengan covid hari ni sangat perit.. Perit duduk dalam ‘penjajahan’ PH 22 bulan; lagi maha dahsyat sakitnya..
Mungkin anda merasakan kerajaan hari ini lemah, lompong sana, silap sini. Tetapi kita tidak mampu membuktikan kerajaan hari ini ada ‘agenda jahat’ disebalik pemerintahan, melainkan cuba sehabis baik menyantuni kegusaran rakyat akibat sama² berpayahan melawan pandemik Covid19.
Penderhaka?
Saya terbaca suatu analogi seorang ayah menyuruh anaknya ‘segerakan solat Subuh’.. Jika nasihat itu datang pada waktu malam, pastinya sesegeranya adalah sebaik mendengar laungan azan menandakan masuk waktu Subuh.. Paling tidak pun, ayah pasti telah faham sebaik bangun jam 5 pagi, ada urusan perlu dilakukan sebelum bersidang di atas tikar sejadah..
Berbanding era ketakutan kita berada dalam pemerintahan PH, ayah yang suruh solat itu hendak diletakkan entah di mana, entah di pusat jagaan orang tua, entah dibiarkan sendirian tanpa berbumbung, tiada beralas (ICERD).. – Ini penderhaka! Hari ni penderhaka memanggil ayahnya sambil ketuk² cermin tingkap dari jauh sahaja! Sambil perli² masakan hidangan ibunda! – Ini penderhaka!
“Sebahagian mereka adalah pemerintah hari ini!” – Iya.. Sebab itu ada yang memilih ‘jalan keluar’ kerana tidak sanggup terus bersama PH..
Saya percaya Jajaran Harapan hanya mainan segelintir dari yang berkuasa tanpa ideologi. Sekadar terikut ‘pengaruh rakan sebaya’ yang banyak pengalaman (konon). Sedangkan majoriti berdiri teguh dengan pendirian dan prinsip “Demi Agama, Bangsa, dan Negara”
Keyakinan saya adalah Ummat ini harus disatukan. Penyatuan Ummah ini besar dan luas untuk disempurnakan. Kita perlu sabar dan lakukan bersama³.. Cukup lah perit duduk 22 bulan di bawah pemerintahan PH. Tak sanggup ia berulang lagi. Tolong lah jangan terpedaya..
“Ajak la PAN (Amanah)” – Silakan.. Jom! Tinggalkan DAP dan sekutunya..
Pinjam ye slogan PAU:
#NoDAP
#NoAnwar
Nawfal
Pencinta Penyatuan
“Allah sayang semua..”
– ————————————————————————
Penulis merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor dan Ketua Pemuda Perikatan Nasional Negeri Johor