Home Kenyataan Media PAS Kedah

Pemuda PAS Kedah sokong pelan pemulihan negara

23
SHARE

*KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH*
19 Jun 2021 | Sabtu .

*PEMUDA PAS KEDAH SOKONG PELAN PEMULIHAN NEGARA*

Agenda memerangi COVID-19 kini menghasil buah, apabila kerajaan kepimpinan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin serta kabinetnya berjaya mencatur pelbagai plan pemulihan negara yang berkesan serta mengurangkan kesan berat ekonomi dan kesihatan rakyat sekaligus menunjukkan kesungguhan beliau mengatasi serangan pandemik Covid 19.

Pemuda PAS negeri Kedah melihat betapa seriusnya kerajaan PN dalam usaha untuk fokus memerangi Pandemik COVID-19 ini, bahkan jauh sekali dilihat mereka berpolitiking dalam tempoh ini nak dibandingkan ahli-ahli politik pembangkang yang dilihat inginkan kuasa semata-mata.

Berdasarkan data terkini, lebih 20.46 peratus rakyat Malaysia telah menerima vaksin dan sasaran untuk mempercepatkan vaksinasi bagi menyakinkan pelabur luar terhadap ekonomi Malaysia.

Kesihatan merupakan elemen penting yang dinilai serius oleh para usahwan dan pelabur dalam pembangunan ekonomi. Melalui usaha kerajaan bagi memastikan vaksin sampai cepat kepada rakyat, pelaksanaan program sukarelawan vaksin yang dijalankan telah berjaya diberikan sebanyak 221,706 dos pada 17 Jun 2021.

Selain doa dan kebergantungan kepada Allah yang maha kuasa, kerjasama rakyat dalam menjaga SOP serta kerja kuat frontliners yang sangat cemerlang menyebabkan Dewan Pemuda Pas negeri Kedah pihak menyokong sepenuhnya Pelan Pemulihan Negara sebagai salah satu ‘exit plan’ yang amat diperlukan untuk negara, serta seharusnya mendapat sokongan semua pihak.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah juga terus memberikan kerjasama dengan menyokong usaha kerajaan negeri Kedah dalam melaksanakan pelbagai program bantuan. Dewan Pemuda PAS negeri Kedah juga ingin menyuarakan hasrat rakyat agar kerajaan tidak jemu dan terus menyalurkan bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat yang ditanggung sepanjang tempoh PKP 3.0 ini.

Kami menyeru pihak kerajaan dan rakyat seluruhnya untuk menjadikan plan ini sebagai ikhtiar sebagai manusia yang berpaksi kepada pergantungan kepada Allah, kerana segala musibah dan wabak adalah daripada Allah untuk menguji kita hambaNya.

Kerajaan yang bergantung harap kepada Allah pasti akan kekal dicintai rakyat sekaligus membina keharmonian kepada seluruh rakyat tanpa mengira agama dan kaum dalam memastikan tertegaknya sebuah negara yang disifatkan “negara yang aman damai dalam masa yang sama diredhai oleh Allah taala”.

“Lindung diri, lindung semua”

Yang Benar,

*ABDUL HADI OMAR*
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah