Home Berita PAS Johor

Tindakan Pantas PAS Kawasan Muar Berjaya Bantu Mangsa Banjir

3378
SHARE

MUAR– Pas Kawasan Muar bertindak pantas turun membantu dalam operasi banjir di Parit Salman dan sekitarnya pada 14 November 2017 yang lalu.

Tugas-tugas menyelaras bantuan telah dilaksanakan dengan segera oleh pihak Pas Kawasan Muar dengan kerjasama Jabatan Amal Muar, DPP Muar, JPRK dan JPrd Sg Balang. YDP Pas Kawasan Muar Tuan Haji Abd Aziz Talib dan TYDP Cikgu Cheman Yusoh turun padang untuk menyantuni mangsa-mangsa banjir.

Punca banjir kilat dikatakan berpunca dari limpahan air dan sistem perparitan serta dari kuari dan bekas lombong berdekatan. Hujan lebat turun melebihi 100mm sejak jam 2.00 pagi menyebabkan air naik mendadak.

Sumbangan kepada mangsa banjir turut disampaikan oleh TYDP Cikgu Cheman Yusoh . Pihak Pas Kawasan Muar dan Jabatan Amal akan terus memantau untuk kerja-kerja pembersihan dan bantuan.