Home Berita PAS Pahang

As-Sabiqun Bekerja Untuk Islam Hingga Akhir Hayat

2928
SHARE

Kuantan, 22 November – Program Raudhah Bulanan Dun Tg. Lumpur hari ini di Sg. Deraka bersama Pengerusi As-Sabiqun Pas Pahang, Ust. Ismail Mohamed atau lebih dikenali sebagai Ayah Ngah.

Beliau juga selaku Ketua Lajnah Kebajikan As-Sabiqun Pas Pusat sentiasa bersama dan bersiap sedia untuk terus mengekalkan kemenangan Pas di Dun Tg. Lumpur yang telah dimenangi oleh YB Ust. Rosli Abd Jabbar, Pesuruhjaya Pas Pahang.

“Kita mahu memastikan akhir hayat kita mati dalam melakukan kerja Islam.

“Jangan disebabkan usia yang semakin lanjut menghalang kita untuk terus melakukan kerja Islam. Buatlah kerja yang mana kita termampu selagi masih ada usia,” kata beliau dalam kuliah dalam Program Raudhah tersebut.

Program Raudhah Dun Tg. Lumpur adalah program memberikan sumbangan kebajikan kepada mereka yang memerlukan dengan menyelit sedikit pengisian ilmu kepada peserta program.

As-Sabiqun Pas Pahang akan menyusun atur gerak kerja dengan lebih tersusun dengan tenaga dan khidmat dikalangan ahli Pas yang sudah veteran bagi memastikan kelangsungan kehidupan ahli Pas veteran terus menerus bekerja untuk Islam.