Home Berita PAS Johor

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor calon P147 Parit Sulong

478
SHARE

Oleh EFAH SUDDING

Kluang, 2 Nov : Timbalan Pesuruhjaya, Badan Perhubungan PAS Negeri Johor, Dr Karim Deraman telah dicalonkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) mewakili PAS yang akan bertanding di P147 Parit Sulong.

Pengumuman calon-calon yang bertanding bagi kerusi Perikatan Nasional (PN) telah diumumkan sendiri oleh Pengerusi (PN), Tan Sri Muhiyiddin Yaasin didalam satu perjumpaan khas di Malaysia International Trade Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur bertarikh 1 Nov, semalam dimana PN akan menghantar seramai 169 orang calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Sebelum ini Parlimen Parit Sulong telah dimenangi oleh Datuk Noraini Ahmad pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) dengan mendapat 24,481 undi menewaskan Anis Afida dari Parti Keadilan Rakyat yang mendapat 18,140 undi manakala calon PAS Ahmad Rosdi Bahari mendapat 7148 undi.

Pada PRU kali ini, Parlimen Parit Sulong menyaksikan Dr Karim akan bertembung dengan Datuk Noraini Ahmad dari UMNO yang merupakan penyandang parlimen dan Mohd Faisal Bin Dolah dari Amanah.

Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya ditetapkan pada 5 November manakala pengundian awal pada 15 November dan tarikh keluar mengundi pada 19 November ini.