Home Berita PAS Sabah

Ziarah Kasih MOSWAY PAS Keningau prihatin masyarakat

119
SHARE

Oleh: Mimi Hazwa M.Shom
2 November 2022

KENINGAU: PAS Keningau prihatin masyarakat yang memerlukan dan ditimpa musibah dengan mengadakan program Ziarah Kasih orang miskin, kurang upaya, sakit, warga emas, armalah dan anak yatim (MOSWAY).

Menurut Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS (LKK DMPK) Keningau, Rafiah Sulaiman, ziarah itu menemukan mereka dengan insan yang diuji dengan pelbagai jenis ujian.

“InsyaaAllah LKK DMPK Keningau akan berusaha dan terus membantu masyarakat di daerah keningau khususnya.

“Semoga mereka yang diuji sabar dan tabah dengan ujian yang dihadapi,” ujarnya semasa ziarah di Perumahan PPRT Taman Anggerik, di sini baru-baru ini.

Turut hadir dalam program itu, Ketua DMP kawasannya, Nor Azian Sapiai bagi membantu menyerahkan sumbangan berupa barang keperluan asas kepada beberapa penduduk perumahan PPRT bersama Ketua Muslimat Taman Anggerik, Zubedah Taib.

Menurut Rafiah, program itu disusun untuk menyantuni, membantu dan membina hubungan baik terutama dengan golongan yang tidak berkemampuan dari segi kewangan dan kesihatan.