Home Berita PAS Kedah

Timbalan Menteri KPWKM lawat mangsa banjir di Kedah

410
SHARE

Oleh TASNIM MUSTAFFA

ALOR SETAR, 2 Nov– Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,  YB Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff melawat mangsa banjir di tiga daerah iaitu Pendang, Baling dan Pokok Sena, semalam.

Zailah tiba di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Baling iaitu di SK Pulai, SK Titi Gantung dan SK Kampung Keda Kupang diiringi Ahli Parlimen Baling, YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim dan ADUN Bayu, YB Abd Nasir Idris.

Beliau meluangkan masa bersama mangsa banjir di Baling sebelum melawat kawasan banjir di Pokok Sena bagi menghulurkan bantuan sumbangan kepada 22 mangsa dari lapan keluarga yang ditempatkan di PPS Surau Permatang, Pokok Sena.

“Alhamdulillah, saya dapati penghuni disini sangat bersyukur dengan kemudahan dan layanan baik yang diberikan di PPS”, kata beliau ketika menziarahi PPS Pusat Rakan Sukan, Pendang yang menempatkan 199 mangsa dari 51 keluarga.

Beliau di dalam taklimatnya, menekankan kepada pegawai-pegawai yang bertugas, supaya menjaga kebajikan mangsa banjir serta memastikan mereka sentiasa diisi dengan pengisian yang bermanfaat.

Turut hadir, Ahli Parlimen Pendang, YB Datuk Awang Hashim.