Home Berita PAS Sabah

2 tokoh muslimat mendapat Anugerah sempena Muktamar Dewan Muslimat PAS Sabah kali ke 31

86
SHARE

Oleh Faizah Arbain
25 Oktober 2021

SANDAKAN : Muktamar tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah kali ke-31 telah selesai berjalan dengan lancar secara hibrid semalam.

Muktamar itu di jalankan secara alam maya melibatkan 14 Dewan Muslimat PAS Kawasan Sabah.

Mengambil semangat tema Muktamar itu, “ Perteguh Muafakat Memperkukuhkan Kemenangan”, maka Muktamar kali ini menjadi medan membahas usul demi memantapkan lagi agenda pemuafakatan demi mengukuhkan kemenangan parti itu khususnya di Sabah.

Urusetia muktamar kali ini, telah memilih 2 orang tokoh iaitu Norsah Bongsu sebagai Anugerah tokoh Siasah dan Shima Hussin pula dipilih sebagai Tokoh Muslimat Muda.

Ulas Norsah Bongsu berkenaan penganugerahan tersebut, selama 20 tahun terlibat dalam gerak kerja siasah ini, beliau tidak pernah mengharapkan sebarang anugerah, namun katanya tetap berterima kasih atas penghargaan yang di terima dan berharap anugerah ini akan menjadi pemangkin semangat dan motivasi kepada semua muslimat agar terus berusaha membawa PAS ketahap yang lebih baik, ujarnya.

Shima Hussin yang di anugerahkan Tokoh Muslimat Muda dalam Muktamar itu juga sempat mengulas betapa pentingnya peranan muslimat muda dalam memacu sayap gerakan parti. Ini dengan memposisikan peranan muslimat muda itu di dalam kepakaran bidang masing-masing, katanya lagi.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih atas anugerah ini, yang mana akan memberi motivasi kerja pada muslimat muda lainnya.

Anugerah seterusnya adalah Anugerah DMPK aktif kepada DMPK Tuaran dan Lajnah Tarbiyyah Negeri pula dia anugerahkan Lajnah paling aktif.