Home Berita PAS Kelantan

Timbalan Menteri Agama raikan pelajar cemerlang

211
SHARE

Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA

PENGKALAN CHEPA, 6 Sept: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, YB Dato’ Ahmad Marzuk Shaary meraikan 256 pelajar cemerlang dalam pelbagai aliran peperiksaan, semalam.

Beliau menjelaskan, sumbangan melalui Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Parlimen Pengkalan Chepa itu sebagai dorongan kepada para pelajar untuk lebih berusaha gigih agar lebih cemerlang pada masa akan datang.

“Peruntukan RM40 ribu dibelanjakan untuk program ini dan setiap pelajar dianugerahkan sijil dan wang tunai sebanyak RM150,” tambahnya ketika ditemui media di Pusat Khidmat Parlimen Pengkalan Chepa.

Para penerima terdiri daripada 80 pelajar lepasan Sijil Menengah Ugama (SMU), 114 berkelulusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 12 pemegang Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan 50 pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).